Dapatkan hasil yang pantas, mampu dan tepat

Kami memberikan terjemahan dokumentasi, perisian, bantuan dalam talian, serta perantara komunikasi lain – diterjemah oleh penutur asli bagi memastikan teks anda tepat dari segi bahasa dan tipografi.

Penterjemahan

Penterjemahan merupakan proses terperinci yang termasuk perkara berikut:

  • Menganalisis bahasa sumber berkaitan dengan audiens yang dituju dan bahasa sasaran
  • Menggunakan rangkaian yang berkelayakan, penutur asli bahasa sasaran
  • Mengedit dan membaca pruf teks terjemahan untuk memberikan tahap ketepatan yang terbaik
  • Mengembalikan terjemahan yang lengkap dalam format dan reka letak yang sama sebagaimana fail sumber (di mana munasabah)
  • Menghasilkan fail yang boleh dihantar dalam pelbagai bentuk medium dan bahasa

Membantu mereka perkataan yang betul untuk mencapai audiens luar negara anda.

Pelokalan

Pelokalan merupakan satu proses yang mana pelbagai versi bahasa produk dicipta. Matlamatnya adalah untuk membangunkan kandungan bahasa asing yang seolah-olah tidak diterjemahkan. Pelokalan melibatkan:

  • Mengenal pasti keperluan linguistik dan persekitaran lokal
  • Menganalisis produk bagi menentukan bidang yang akan diguna pakai
  • Mengendalikan bahan yang sensitif dari segi budaya
  • Mengubah suai salinan yang mana perlu
  • Mengatur semula produk teras untuk disesuaikan dengan pasaran asing
  • Menguji edisi asing bagi memastikan ia menepati piawai domestik

Minta sebut harga secara percuma daripada kakitangan kami hari ini.