Yamagata (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Yamagata Corporation, sebuah syarikat global yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Telah berada dalam industri ini lebih daripada seabad, syarikat induknya adalah syarikat yang mempunyai reputasi dan kukuh, menghasilkan lebih daripada 15 juta manual setiap tahun dan mempunyai pejabat di seluruh dunia.

Ditubuhkan pada 1991, Yamagata Malaysia menawarkan kemudahan pengeluaran yang terkini bertujuan untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami di Rantau Asia. Daripada terjemahan tepat untuk projek perniagaan berbilang bahasa kepada perancangan, senario dan pengeluaran menukar skrip mentah kepada halaman sedia kamera, filem, bantuan dalam talian, web dan animasi; perkhidmatan kami adalah pelbagai tetapi khusus. Yamagata Malaysia berbangga dengan dedikasi kerjanya dan reputasi cemerlang, yang berteraskan pendirian ke atas kualiti tanpa kompromi.

“Memberikan perkhidmatan berkualiti Jepun kepada pelanggan kami telah menjadi falsafah utama pengasas kami, Heiji Yamagata semenjak 1906.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami, sila muat turun salinan profil PENUH syarikat kami >>