Gambarkan, cipta dan edar
Penciptaan kandungan kami menawarkan penyelesaian untuk cetakan dan web, termasuklah teks terformat, visualisasi data dan grafik. Kami menyepadukan jenama, IP dan identiti korporat ke dalam medium yang paling sesuai dengan audiens pengguna akhir anda.
Reka Bentuk Grafik
Reka bentuk grafik memainkan peranan yang amat penting kerana ia mengasingkan sesuatu daripada yang lain yang mempunyai kandungan yang sama. Perkhidmatan reka bentuk grafik kami termasuklah penjenamaan korporat, logo korporat, pembentangan korporat, reka bentuk logo, rekaan brosur, brosur bercetak, katalog dalam talian, semua hasil kerja grafik berkaitan cetakan serta hasil kerja reka bentuk web.
Sama ada anda ingin memaklumkan, menghiburkan atau menarik imaginasi audiens anda; kami boleh membantu anda berkomunikasi dengan berkesan menggunakan semua saluran.
Reka Bentuk Multimedia
Kami memahami bahawa teks bukan satu-satunya medium komunikasi yang digunakan oleh pelanggan kami; kandungan juga tidak terkecuali dalam video, audio, teknologi kilat dan format pembentangan. Kami mengubah modal intelek ini kepada format boleh diguna semula dan berbilang bahasa untuk capaian dan impak yang lebih besar kepada audiens.
Penerbitan Atas Meja
Menggunakan pelbagai alat penerbitan, kami mempunyai kepakaran untuk memudahkan maklumat anda dikeluarkan; dalam bentuk cetakan atau dalam talian. Kami juga menggunakan perisian yang anda perlukan, oleh itu memenuhi apa sahaja keperluan anda.
Pengurusan Kandungan
Ini merangkumi proses yang mana kandungan baharu dicipta. Aliran pengurusan kandungan yang formal dan berstruktur adalah cara yang paling cekap untuk membangunkan dan meluluskan maklumat. Proses, dari penyelidikan kepada penerbitan, dilanjutkan kepada penterjemahan sekiranya ia dirancang untuk keluaran dalam berbilang bahasa.
Penciptaan Kandungan Data Boleh Ubah
Ini merupakan alat yang mempunyai keupayaan seperti Pengirim Langsung Elektronik (EDM), Analisis Tinjauan, Laporan Statistik ke atas Respons/Maklum Balas dan Sistem Penjejakan. Ini bertujuan untuk mensasarkan projek kempen pelanggan bagi mencapai kadar respons lebih tinggi.