Soalan-soalan Lazim
1. Apakah bahasa sasaran yang anda boleh terjemahkan?
Kami menawarkan perkhidmatan penterjemahan untuk lebih 42 bahasa berbeza. Terdapat bahasa-bahasa tertentu yang lebih mendapat permintaan berbanding yang lain: Bahasa Sepanyol (bahasa Amerika Selatan, bahasa Mexico dan bahasa Castil), bahasa Portugis Brazil, bahasa Perancis (bahasa Kanada dan bahasa Paris), bahasa Eropah lain (bahasa Portugis, Jerman, Itali, Belanda, Finland, Sweden, Rusia) dan bahasa-bahasa Asia (bahasa Cina, Jepun, Thai, Vietnam, Korea) tetapi tidak terhad kepada bahasa-bahasa ini sahaja.
2. Bagaimanakah anda membuat anggaran kos projek?
Kos projek berdasarkan pada saiz, bahan subjek dan bahasa sasaran. Kos ditentukan mengikut kiraan perkataan. Semakin banyak perkataan projek, semakin murah kos setiap perkataan yang diterjemah. Cara paling mudah untuk mengetahui jumlah kos projek anda adalah dengan menyerahkannya untuk sebut harga percuma. Kemudian, kami akan memberikan caj harga terperinci, masa pusing balik dan versi dijangka projek anda yang selesai. Ini bukanlah kos akhir kerana kami mengambil kira peruntukan anda. Semakan semula boleh dijalankan untuk memperoleh perjanjian manfaat bersama bagi kedua-dua pihak.
3. Adakah anda pakar dalam mana-mana bidang tertentu atau jenis projek?
Kebanyakan kerja terjemahan kami adalah berkenaan bahan teknikal dan dokumen undang-undang. Kami juga menerima banyak jenis projek berbeza untuk terjemahan dan set taip: brosur, manual arahan dan perkhidmatan, katalog produk, lembaran data, surat berita dan bahan pembelajaran.
4. Berapakah purata masa pusing balik anda?
Masa pusing balik adalah berkaitan secara langsung dengan subjek projek dan jumlah perkataan. Projek yang memerlukan penyelidikan ke atas bahagian penterjemah disebabkan sifat khusus-teknikal bahan akan mengambil masa lebih lama untuk dilengkapkan berbanding terjemahan bahan umum. Terjemahan 3000 perkataan atau kurang kebiasaannya mengambil masa tiga hari. Projek 10 000 perkataan kebiasaannya lengkap dalam masa seminggu atau kurang. Ini tidak termasuk pemprosesan langkah tambahan. Dalam kes kecemasan, kami akan menggerakkan sumber kami untuk memudahkan permintaan anda pada bila-bila masa.
5. Apakah format hasil terjemahan yang akan dipulangkan kepada saya?
Kami berupaya mengendalikan pelbagai pemprosesan perkataan dan program reka bentuk. Hantarkan fail anda dalam bentuk cakera zip, cakera optik, CD, lampiran e-mel atau muat naik ke tapak FTP kami. Produk akhir akan dihantar kepada anda dalam format yang diminta.
6. Adakah penterjemah anda berpengetahuan dalam subjek bidang saya?
Setiap penterjemah pakar dalam bidang terjemahan dan ilmu pengetahuan tertentu. Pengurus projek akan menyemak semula projek, kemudian menyemak konsisten. Ini bagi memastikan kualiti dan ketepatan terjemahan.
7. Bagaimanakah sekiranya pengedar saya tidak bersetuju dengan terjemahan anda?
Fasa semakan semula oleh pengedar anda adalah digalakkan setelah pruf terjemahan awal anda diserahkan. Tempoh masa yang diperlukan untuk semakan semula dibuat antara pengurus projek dan pelanggan. Sebarang permintaan untuk perubahan yang dibuat oleh pengedar adalah percuma. Jika terdapat sebarang perbezaan pendapat dengan pengedar, penterjemah kami akan memberikan penjelasan terperinci agar pelanggan akan memahami perbezaan dalam maksud. Akhirnya, kami akan mematuhi keputusan pelanggan.
8. Adakah anda mampu memberikan contoh terjemahan?
Kami mungkin memberikan terjemahan sampel teks dan rujukan daripada projek lama, atau kami mungkin memberikan terjemahan minimum daripada bahan anda sendiri. Sila hubungi mana-mana pejabat kami untuk membuat pengaturan.
9. Adakah syarikat anda akan menandatangani perjanjian kerahsiaan kami?
Kami bersedia mengikat kontrak yang menjelaskan maklumat sulit dan menggariskan cara pelanggan ingin maklumat dikendalikan. Mengikut peraturan, maklumat hanya akan didedahkan kepada penterjemah dan kakitangan atas dasar perlu tahu. Maklumat ini juga akan diasingkan daripada bahan pelanggan lain. Sebarang maklumat sulit akan dikembalikan atas permintaan pelanggan.
10. Bolehkah anda memperakui terjemahan saya?
Penterjemah kami boleh memperakui terjemahan mereka berdasarkan pengetahuan mereka dan memberikan salinan dokumen tersebut kepada anda.
11. Bagaimanakah saya dapat mengurangkan kos terjemahan?
Perunding dan pengurus projek kami akan menilai kandungan anda untuk terjemahan menggunakan penyelesaian pengurusan kandungan kami serta mencadangkan cara untuk mengurangkan kos terjemahan.
12. Adakah terdapat syarat terjemahan yang ditetapkan oleh negara lain?
Peraturan adalah berbeza dari negara ke negara dan adalah khusus industri. Contohnya, sesetengah negara memerintahkan versi asing sama dengan bahasa Inggeris dalam perkataan, persembahan dan jenis taip. Maklumat tersebut sebaiknya diterima terus daripada kerajaan negara yang anda ingin eksport. Maklumat tambahan boleh didapati secara percuma di Internet dan di perpustakaan awam.
13. Bilakah saya patut pertimbangkan menterjemah maklumat syarikat saya?
Terjemahan maklumat anda mestilah sebahagian penting daripada strategi pemasaran eksport syarikat anda. Terjemahan menambah baik hubungan perniagaan dan menyingkirkan kekeliruan. Selain itu, terjemahan bahan syarikat anda membuktikan komitmen anda untuk memajukan hubungan jangka panjang dengan pelanggan antarabangsa. Versi terjemahan anda mestilah disediakan sebelum anda menghantar produk ke luar negara, maka biarkan masa dan sumber melengkapkannya.
14. Apakah kelebihan melantik Yamagata Group mengendalikan projek terjemahan saya?
Kami menghabiskan banyak masa dan wang dalam mengekalkan rangkaian berkualiti yang terdiri daripada jurubahasa, penterjemah, pembaca pruf dan penerbit atas meja. Maka, kami mampu menugaskan projek berdasarkan pengkhususan yang anda inginkan. Pengaturan tugasan kerja yang banyak yang terlibat dalam pengeluaran projek terjemahan adalah memakan masa dan kebanyakan syarikat lain tidak mempunyai peruntukan atau masa untuk menjalankan kerja ini secara dalaman.
15. Bagaimanakah saya boleh menjadikan proses pelokalan perisian saya berjalan lancar?
Terdapat prosedur dan garis panduan tertentu yang kami ikuti bagi memastikan pelokalan selesai tanpa sebarang masalah. Perunding dan pengurus projek kami akan memberikan prosedur dan garis panduan yang perlu ketika perbincangan dan penilaian projek.
16. Apakah kelebihan mempunyai laman web berbilang bahasa?
Jaringan Sejagat (WWW) membolehkan orang dari seluruh dunia mengakses maklumat dengan hanya mengelik butang tetikus. Terjemahan tapak web syarikat adalah kunci kepada perkembangan pasaran dan lebih baik dalam persaingan. Pelanggan prospektif bukan hanya menerima maklumat segera tentang syarikat anda tetapi juga kesedaran tinggi dan pemahaman produk dan perkhidmatan anda. Selain itu, pengantarabangsaan tapak web menambah baik kepuasan dan perkhidmatan pelanggan, memantapkan kedudukan anda dalam pasaran global.
17. Bagaimana YAMAGATA Group boleh menambah baik produk syarikat saya?
Kami melihat perkhidmatan kami sebagai sebahagian nilai tambah pada produk anda. Pengalaman luas kami, pelbagai jenis fail boleh serah bercetak dan elektronik, serta sebut harga yang fleksibel memudahkan kami menambah nilai pada produk anda.
18. Bagaimanakah YAMAGATA Group menjimatkan wang syarikat saya ke atas dokumentasi teknikal?
Dengan menggunakan dokumen kejuruteraan sedia ada, spesifikasi produk, dan bahan pemasaran, kami meminimumkan masa yang digunakan dengan SME anda. Kami juga menjimatkan masa dan wang anda dengan menggunakan pengalaman kami dalam mencipta pelbagai jenis penerbitan.
Perkhidmatan fleksibel kami membolehkan anda memasukkan apa sahaja dari lembaran arahan satu halaman ke manual perkhidmatan yang lengkap. Ini membolehkan anda memiliki sebanyak-banyak atau sekecil-kecil dokumentasi menggunakan peruntukan projek yang dibenarkan. Kami juga menggunakan kepakaran anda untuk menganalisis dokumentasi sedia ada dan mencadangkan penyelesaian untuk mencipta lebih banyak manual yang tepat dan fokus pengguna. Anda tidak dibebani dengan kos overhed kerana kebanyakan perniagaan kami dijalankan di luar tapak melalui Internet.
19. Bagaimanakah YAMAGATA Group mampu menawarkan dokumentasi pada harga tetap?
Apabila kami menggunakan strategi harga tetap dan senarai pilihan jenis menu, anda pilih dan hanya sesuaikan perkhidmatan yang diperlukan. Kami mampu mengira harga banyak projek lebih awal kerana kami membuat anggaran dengan berhati-hati.
20. Apakah yang membuatkan YAMAGATA Group layak untuk mengeluarkan dokumentasi teknikal yang menonjol?
Disebabkan pengetahuan luas kami dalam perisian komputer dan kerana kami menggaji penulis yang mempunyai banyak pengalaman dalam beberapa disiplin kejuruteraan, kami memudahkannya (menterjemah secepatnya) untuk mendokumenkan produk anda. Menggunakan pelbagai teknik ujian kebolehgunaan, kami mengukur kebolehgunaan kandungan yang kami cipta untuk produk anda. Hasil segera pengujian kebolehgunaan adalah senarai cadangan khusus dan umum untuk penambahbaikan perisian/perkakasan, dokumentasi, latihan dan/atau bahan cagaran lain yang disediakan kepada pengguna akhir. Kami berbangga dapat mengeluarkan salinan draf yang sudah pun menjadi ‘dokumen koheren’ yang sedia disemak semula oleh staf kami.
21. Apakah CMYK, RGB & Warna Tumpu? Yang manakah lebih baik?
CMYK merujuk kepada warna dakwat – Cyan, Magenta, Kuning dan Hitam. Ini merupakan empat warna proses digunakan dalam pencetakan ofset. RGB merujuk kepada warna cerah- Merah, Hijau dan Biru. Semua warna dalam monitor komputer dibuat menggunakan sistem RGB. Oleh itu, jika data dicipta menggunakan format RGB, ia perlu ditukar kepada CMYK bagi tujuan pencetakan ofset. Warna tumpu adalah dakwat khat yang selalunya dilengkapi dengan kod panton. Bercakap tentang konsisten, warna tumpu adalah paling baik. Tetapi, apabila bercakap tentang terlalu banyak warna tumpu terlibat, ia menjadi mahal. Di sini, warna proses adalah alternatif terbaik seterusnya.
22. Bagaimanakah saya boleh menghantar data kepada anda?
Kami mempunyai sistem pemindahan fail dalam talian yang sesuai dan mudah. Anda akan diberikan alamat FTP kami serta kata laluan untuk tujuan tersebut. Semestinya, anda juga boleh menghantar data melalui e-mel (kurang daripada 3MB) atau wakil jualan kami akan pergi ke premis anda untuk memungut CD, mana-mana kaedah yang lebih sesuai untuk anda.
23. Bolehkah saya menggunakan imej daripada Internet?
Disebabkan imej dari Internet atau laman web kebiasaannya 72dpi dan dalam format GIF dan JPEG, fail ini selalunya tidak memberikan imej berkualiti baik untuk pencetakan.
24. Apalah resolusi?
Ia merujuk kepada ketajaman dan kejelasan imej. Istilah tersebut paling kerap digunakan untuk menggambarkan monitor, pencetak, dan imej grafik berpeta bit. Contohnya, pencetak 300 dot setiap inci (dpi) merupakan pencetak yang mampu mencetak 300 dot berlainan dalam satu baris sepanjang 1 inci. Ini bermaksud, ia boleh mencetak 90,000 dot bagi setiap inci persegi.
25. Adakah warna salinan cetakan akhir akan sama apabila melihatnya pada monitor komputer saya?
Tidak, jika monitor anda tidak tentukur mengikut pencetakan ofset. Dengan kata lain, apa yang anda lihat (pada monitor) bukan apa yang anda dapat (cetakan ofset).
26: Jadi, bagaimanakah saya boleh tahu jika warna cetakan ofset adalah warna yang saya mahu?
Atas permintaan, kami akan menghantar pruf mesin atau pruf digital untuk pengesahan warna sebelum pencetakan sebenar bermula. Namun, untuk pruf mesin, kamu perlu mengeluarkan sama ada filem atau plat. Kaedah ini menelan belanja yang besar. Untuk pruf digital, kami akan menggunakan pencetak digital empat warna yang tentukur khas. Untuk kedua-dua kaedah, anda masih memerlukan toleransi perbezaan warna 5-10%.
27: Apakah santak?
Ia merujuk kepada tambahan 1/8″ imej yang melepasi trim (saiz akhir) helaian cetakan anda. Dengan aspek ini, ia akan menyingkirkan warna putih (warna kertas) pada bahagian pinggir terutamanya apabila pencetakan imej penuh.
28. Bagaimana jika pesanan saya hanya untuk beberapa ratus dan saya memerlukannya cepat; contohnya kurang daripada 3 hari bekerja?
Sama ada kuantitinya kecil atau besar, kami gembira untuk lakukan yang sewajarnya. Sebenarnya, selain daripada lembaran berskala besar dan pencetakan ofset suapan web, kami ada pilihan pencetakan digital yang mengendalikan pesanan yang kurang daripada 500 keping. Ia adalah konsep ‘Cetak atas Permintaan’. Kami memberikan data boleh ubah dan juga pencetakan imej. Pilihan ini bertepatan dengan strategi pemasaran yang diperibadikan.
29. Bagaimana saya boleh jadikan tajuk buku atau imej khusus saya lebih menonjol daripada keseluruhan kawasan?
Selain daripada reka bentuk, anda boleh pilih kemasan khas. Pilihan ini termasuklah Mengesan UV dengan pelaminan mat, pemotongan die laser, pencetakan timbul atau pencetakan tenggelam, penekanan panas, dan sebagainya.
30. Jika saya ingin menghantar beberapa bahan promosi syarikat saya berserta nama dan alamat pelanggan di atasnya, bolehkah ia dilakukan?
Ya, teknologi Pencetakan Digital kami berupaya mengendalikan pencetakan data boleh ubah. Selain itu, kami juga menyediakan penghimpunan atau pemasangan serta perkhidmatan pengiriman, bergantung pada keperluan anda.
31. Saya ada salinan cetak tetapi tiada data. Saya ingin mencetaknya semula tetapi tidak ingin membuat salinan foto. Apa yang patut saya lakukan?
Kami boleh mengimbas salinan cetak dan memperkemaskannya. Namun, pengimbasan bermakna data anda sekarang adalah imej. Oleh itu, jika anda ingin memadam beberapa teks atau bahagian tertentu, ia mungkin tidak sesuai. Selain itu, kami boleh mencipta semula tarikh dengan menggunakan penerbitan atas meja. Pilihan ini lebih mahal jika dibandingkan, tetapi ia memberikan kefleksibelan pengubahsuaian.
32. Sesetengah majalah di pasaran dijilid dengan tidak baik. Contohnya, apabila saya membelek majalah beberapa kali, halaman akan terkeluar. Bagaimana anda mengatasi hal ini?
Terdapat banyak kaedah penjilidan, bergantung pada pengguna sasaran anda. Contohnya, jika majalah yang anda akan terbitkan lebih kepada seni bina, kami amat menyarankan penjilidan jahitan benang. Kaedah ini akan menjahit semua halaman sebelum ditampal pada kulit majalah.
33. Menebang pokok tidak bagus untuk alam sekitar. Bagaimana pula dengan kertas yang dikitar semula?
Tentu sekali, menebang pokok tanpa jadual penanaman semula adalah amalan yang buruk. Selagi kertas dihasilkan daripada pokok yang ditanam dengan program penanaman semula, ia dianggap mesra alam sekitar. Kami membeli kertas daripada pengilang kertas yang diperakui dan beretika. Pensijilan ISO14001 serta Sony Green Partney merupakan sebahagian daripada komitmen kami terhadap alam sekitar.